Pakaian rasmi mess
Pakaian rasmi mess

Pakaian rasmi mess

Pakaian rasmi mess, pakaian mess kit, juga dikenali sebagai pakaian nombor 6 dalam perkhidmatan beruniform Malaysia, adalah jenis pakaian seragam paling formal (atau separuh formal, bergantung pada negara) yang digunakan oleh anggota tentera, anggota polis, dan anggota perkhidmatan beruniform yang lain. Ia selalunya terdiri daripada jaket mess, seluar, kemeja putih dan bow tie hitam, bersama dengan darjah kebesaran dan insignia pingat. Reka bentuk mungkin bergantung pada rejimen atau cabang tentera, cth tentera darat, tentera laut, tentera udara, askar marin, dsb. Dalam kod berpakaian Barat, pakaian mess adalah alternatif tambahan yang dibenarkan bersama dengan pakaian black tie awam bagi pemakaian malam atau sut lounge hitam bagi pemakaian siang namun uniform adalah sama untuk pakaian siang dan malam. Pakaian mess biasanya kurang formal daripada pakaian rasmi istiadat, tetapi lebih formal daripada pakaian seragam khidmat.Sebelum Perang Dunia II, uniform tentera gaya ini sebahagian besarnya dihadkan kepada Angkatan Tentera British dan A.S., walaupun Tentera Laut Perancis, Jerman, Sweden dan tentera laut lain telah menggunakan versi pakaian mess mereka sendiri pada akhir abad ke-19, dipengaruhi oleh Royal Navy British.[1]Ketika pakaian rasmi mess lazimnya dipakai pada masa-masa tertentu oleh pegawai bertauliah dan pegawai tidak tauliah, ia juga boleh dipakai sebagai pakaian seragam pilihan oleh sesetengah anggota LLP kanan. Ia juga kadangkala dipakai oleh ahli kerabat istana atau perkhidmatan beruniform awam tertentu.